Nama Jeffrey Epstein bukanlah asing dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan isu pemerdagangan kanak-kanak di peringkat global.
Sebelum kematiannya di dalam penjara, jutawan berkenaan sedang dibicarakan atas pertuduhan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, melibatkan rangkaian individu berpengaruh dari pelbagai negara.
Terbaharu, Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat mendedahkan lebih enam juta muka surat fail berkaitan kes Epstein. Pendedahan itu bukan sahaja menyenaraikan perbuatan pedofilia yang didakwa dilakukan, malah turut mengaitkan beberapa individu berprofil tinggi, khususnya dari negara-negara Barat.

Namun, satu perkara mencuri perhatian ramai terutama dalam kalangan umat Islam apabila kain kiswah Kaabah turut disebut dalam dokumen berkenaan.
Kiswah Kaabah Didakwa Pernah Dihantar Kepada Epstein
Antara jutaan muka surat fail tersebut, terdapat satu tangkap layar e-mel yang menyatakan penghantaran kain kiswah Kaabah kepada Epstein.
Difahamkan, sebanyak tiga potongan kain Kaabah telah dihantar kepada mendiang, iaitu:
- Bahagian dalam Kaabah (berwarna hijau)
- Bahagian luar Kaabah yang belum digunakan
- Bahagian luar Kaabah yang telah digunakan
Fail berkenaan turut mengandungi bukti penghantaran serta rekod pembayaran cukai lengkap, yang didakwa diuruskan oleh syarikat milik Epstein, LSJE LLC.
Bagaimanapun, tujuan sebenar penghantaran kain Kaabah tersebut kepada Epstein masih tidak dapat dipastikan.
E-mel Dedah Kiswah Diklasifikasi Sebagai ‘Karya Seni’
Memetik laporan Middle East Eye, penghantaran itu dikatakan diuruskan oleh seorang peniaga dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Aziza al-Ahmadi, bersama seorang lelaki bernama Abdullah al-Maari.

Dalam satu e-mel bertarikh 22 Mac 2017, Aziza memaklumkan bahawa kain Kaabah berkenaan telah disentuh oleh jutaan umat Islam.
“Kain berwarna hitam telah disentuh oleh sekurang-kurangnya 10 juta Muslim berbeza mazhab, Sunni, Shia dan lain-lain.
Tambahnya lagi, kain Kaabah yang tidak digunakan turut dihantar bersama supaya penghantaran itu boleh diklasifikasikan sebagai ‘karya seni’.
Satu lagi e-mel dalam fail tersebut mendedahkan bahawa penghantaran dilakukan menerusi penerbangan British Airways dari Arab Saudi ke Florida, Amerika Syarikat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
