Doakan Supaya Saya Terus Memakai Tudung – Memey Suhaiza

Hiburan

Doakan Supaya Saya Terus Memakai Tudung – Memey Suhaiza

Teka-teki sama ada Memey Suhaiza kini telah tampil dengan imej bertudung akhirnya terjawab juga. Berkata kepada Mstar Online, Memey memberitahu yang dia masih lagi dalam proses memakai tudung dan berharap perubahan itu akan terjadi secara semula jadi.

memey suhaiza bertudung

Advertisement

Kata Memey:-

Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan. Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya. Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan. Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini

memey bertudung

At least Memey ada usaha untuk berubah. Perlahan-lahan kayuh. Apa pun Abang Nara lihat Memey memang lebih cantik dan manis apabila bertudung. Pasti Norman akan lebih sayang apabila Memey bertudung sepenuhnya satu hari nanti. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Memey.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...