Pelakon Fouziah Gous antara artis yang dikenali mempunyai wajah yang cukup jelita, selepas beliau pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, ramai yang memuji beliau kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.
Sudah beberapa kali berniat untuk bertudung sebelum ini selepas menjalani ibadah umrah, Fouziah harap kali ini beliau akan terus istiqamah untuk menutup aurat.
Insya-Allah… Doa baik-baik untuk hal ini (bertudung). Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah. Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung. Tapi saya tak mahu buat semua itu atas paksaan atau suruhan orang lain.
Saya mahu lakukan ini secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan dalam hal ini, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Alhamdulillah, nampaknya Fouziah benar-benar berusaha untuk menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Kami juga mendoakan agar beliau tetap dengan pendiriannya itu selamanya dan terus tabah jika ada ujian yang mendatang dalam tempoh penghijrahan ini.

Anonymous
September 14, 2018 at 10:57 pm
Mcm nk pegi perang, mintak org doa2kan dia. Pakai tudung je pon..hekelehh..
Diknon
September 14, 2018 at 6:02 pm
Smga terus istiqomah tutup sempurna… Ko tgk lopa, syatila, uqasha, zarina, fathiya dsb pas tu ko ckp dlm hati aku xnak fesyen cm derang ney
anyone
September 14, 2018 at 12:44 pm
suka sgt tgk org ug bertudung baju tgn kembang pakai handsocks agar aurat terpelihara. semoga istiqamah. :)
d
September 14, 2018 at 12:15 pm
bodonye Anonymous ats ni..asal xminat kata jeles..matila kakak klo sume org kena ikut taste kakak (ak pggl kakak sbb cara type cm org tua yg xde otak)..ak type cmtu mknanye ak da jd peminat baru die..sbb ak tgk die lawa pkai tdg cmni..ape mslah kakak ye??
Kak Teh
September 14, 2018 at 11:06 am
Dah taat dgr ckp suami ye..syukur alhamdulillah..moga istiqomah..