June 26th, 2019

Penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani  yang manis bertudung selepas pulang dariapda menunanikan ibadah Umrah mula menarik perhatian netizen. Memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di akaun Instagram, ramai yang memuji Lisa kelihatan lebih cantik.

Sedar mengenai perkara itu, Lisa mengakui keputusan untuk kekal bertudung atau sebaliknya terlalu peribadi. Kata Lisa, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik ataupun meraih pujian.

Bertudung tanpa paksaan sesiapa, Lisa berharap dia dapat kekal istiqamah dan melakukannya dengan niat kerana Allah SWT.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini.

Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan agar dirinya lebih menganjak ke hadapan dalam soal menutup aurat dan bukannya ke belakang.

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Lisa terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE


60 responses to “Doakan Saya Terus Istiqamah – Lisa Surihani”

  1. Anonymous says:

    she’ll istiqamah, InsyaAllah. Ingat Lisa dulu pernah cakap, dia pernah jadi ustazah part time di sekolah private. Basic kuat, support from husband and family plus with high self esteem, InsyaAllah ok. X mudah goyang dengan bisikan godaan Syaitan

  2. Anonymous says:

    Silap orang kita bila berubah pasti inginkan yg drastik. Taukah tuan puan Al-Quran pun diturunkan beransur-ansur? Pernah ke kalian yg bijaksana ni fikirkan apakah hikmahnya kitab suci tu diturunkan sedemikian? Sesuai dgn fitrah insan tuan2 puan2. Berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan tp istiqamah lg disukai Allah. Kita semua ada buat silap. Bersangka baik dari cakap merapu. Salam Rabu.

  3. cik laser says:

    bukak balik lah sis.. org2 kite ni klau ade yg nk berubah manjangg pesimis.. x pakai tudung suh pakai.. dh pakai ckp x lengkap.. dh lengkap ckp riak.. yg komen tu plak mzm zuhud nau walhal ko komen kt blog artis kot.. ingat ko xde saham neraka ke weiii.. klau iman menebal camne ko leh gigih join.. bebal

  4. Rin says:

    Niat kan dalam hati nak berhijrah… Longgar kan sikit pakaian tu… Labuhkan tuduh… Kurangkan selfi post gambar tak penting tu.. InsyaAllah, berkah

    • queen says:

      pelan2 berubah. dia ada usaha nk berubah. biarkan dia. kita semua pun pelan2 berubah, saya dan awak pun pelan2 berubah

  5. apa2 je says:

    ate kome ni….pakai salah, x pakai salah.. dh dia celebrity kan? mmg la jd tumpuan je. lain la mcm kita ni, pakai ke, x pakai ke.. xde sape nk ambil peduli.. lantak dia la… aku tgk lisa n yusri tu ok je.. lisa tu pun bkn ada gosip liar pun… think positive la… jgn cpt sgt menghukum org seolah2 kita ni suci sangatttttt……

Loading...