Written by Bella | June 26th, 2019

Penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani  yang manis bertudung selepas pulang dariapda menunanikan ibadah Umrah mula menarik perhatian netizen. Memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di akaun Instagram, ramai yang memuji Lisa kelihatan lebih cantik.

Sedar mengenai perkara itu, Lisa mengakui keputusan untuk kekal bertudung atau sebaliknya terlalu peribadi. Kata Lisa, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik ataupun meraih pujian.

Bertudung tanpa paksaan sesiapa, Lisa berharap dia dapat kekal istiqamah dan melakukannya dengan niat kerana Allah SWT.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini.

Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan agar dirinya lebih menganjak ke hadapan dalam soal menutup aurat dan bukannya ke belakang.

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Lisa terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

60 responses to Doakan Saya Terus Istiqamah – Lisa Surihani

  1. Anonymous says:

    zaman awak dah habis…

    • Anonymous says:

      istikamah…tapi riak beramal.
      how sis? harus mendalami lagi nie…

      • Mat Serbu says:

        “Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak.”

        Ramai tak sedar yg ini…

        • Kak Som says:

          Perkongsian berguna….sejuk sikit topik pagi ni. Kalau tidak asyik retis cerai aje.

        • Maya says:

          Pastikah hati kita sendiri tidak riak ? Kadangkala riak dapat dielak, tapi ujub masih ada.Penyakit ujub adalah penyakit hati paling tersembunyi. Kita manusia, bukan maksum. Doakan saja yang terbaik buat Lisa dan juga diri kita sendiri.

          Alhamdulillah Lisa.. Moga istiqomah..InshaAllah..

      • acik on je says:

        Allah kau ni , da orang tu start pakai tudung pon jadi masalah ke. doa baik-baik , pikir baik-baik je kan senang. buat ape kita susahkan diri nak pikir siap judge die riak ke tak .

    • Anonymous says:

      Banyak saluran merealisasikan sifat riak dalam amalan. Contohnya, jika solat dengan niat untuk dikenali dan dilihat sebagai hamba Allah yang abid dan kuat beribadah. Kala membaca al-Quran, suara yang sedap lunak dan elok bacaannya. Menjadi qari yang disanjung, kemudian hanyut dengan pujian. Itu juga riak.

    • Anonymous says:

      Ramai tak sedar. Ibadah dilakukan termasuk bersolat tarawih di masjid, bertadarus al-Quran, bersedekah dan lain-lain dikongsikan dalam Facebook, Instagram dan Twitter. Ayat seperti, “Selesai tarawih 20 rakaat” pada kapsyen gambar yang dimuat naik atau memuat naik video pendek ketika menunaikan solat tarawih antara yang diuar-uarkan mereka. Niat mereka mungkin baik, namun sebenarnya tanpa disedari, setiap apa yang dikongsikan kepada masyarakat umum itu sedikit sebanyak pasti akan menimbulkan perasaan riak di dalam hati mereka.

      • Anonymous says:

        ramai yg pergi melancong tu la pasal…. huhu

        • Anonymous says:

          “Umpama batu hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Hasilnya hanyalah penat dan merugikan masa serta tenaga. Oleh itu, jahit semula hati, iman dan amal supaya tidak koyak kerana riak dan terjahit mati jalan-jalan hasutan syaitan asbab amal yang tidak ikhlas”

          WOW…deep!!!!

    • Anonymous says:

      strategi nak jual tudung pulak ker?

  2. Anonymous says:

    kening tu jgn cabut ye….harom.

  3. Annie says:

    semua peribadi tapi berselfie depan kaabah bagai…
    peribadi apooo?

    • Anonymous says:

      agreed… Umpama batu hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Hasilnya hanyalah penat dan merugikan masa serta tenaga. Oleh itu, jahit semula hati, iman dan amal supaya tidak koyak kerana riak dan terjahit mati jalan-jalan hasutan syaitan asbab amal yang tidak ikhlas.

      • menyampah says:

        tahpape. mana pulak awak tau xde nilai di sisi Allah? awak tau ke awak confirm dapat syurga? kita bukan tuhan, jadi doa yang baik2 je la. kenapa kena fikir yg negatif je? jaga je la keluarga sendiri, ni sibukkan hal orang lain, sibukkan dosa pahala orang lain sedangkan diri kita sendiri x sempurna.

    • Anonymous says:

      SEELOK-ELOKNYA JANGAN SELFIE …PASTU KASI BONTOT PADA KAABAH. RAMAI TAK SEDAR. BAITULLAH KOT WEYYYY BUKAN ZOO NEGARA!!!

  4. Anonymous says:

    Malang bagi seseorang yang beribadah, tetapi ibadahnya tertolak, malah tidak dipandang oleh Allah SWT akibat dihinggap virus yang bernama riak.Riak ini termasuk dalam kategori syirik kecil iaitu mensyirikkan Allah dalam ibadah. Umpama sebatang pokok yang masih hidup, tertancap akarnya, tetapi dimamah batang, ranting, malah daunnya. Ia tidak lagi dikenali sebagai pokok, tetapi hanya dipanggil sebagai tunggul. Sesungguhnya, syirik dalam akidah amat berbahaya akan tetapi syirik dalam ibadah juga berbahaya mengundang murka dan amalan tidak diterima.

  5. Anonymous says:

    Annie nak tanya secara jujur klu ko sampai depan kaabah ko ambil gambo jugak x? komen mcm harommmm

  6. Anonymous says:

    Lisa ambil perhatian. Keikhlasan yang terbit pada awalnya telah bertukar dengan sifat mazmumah. Seharusnya ibadah kita itu dilakukan secara bersembunyi tanpa menyebarkan kepada umum tentang amalan kita agar ibadah dilakukan tidak menjadi sia-sia.

  7. yg menegur says:

    masih belum paham tu….motif hebah amal ibadah sis?

  8. queen says:

    kdg2 kita rasa kita buat amal diam2 tu dah ikhlas, tp dlm hati kita ujub. contoh, ‘dy tu wat amal menunjuk, ikhlas ke tak. Aku buat sembunyi2, tnjuk kat Allah je’ itu dah ujub. kita taktahu dia punya ikhlas lebih ikhlas dari kita yg buat sembunyi2. tahu tak sapa yg bedosa? sapa yg rugi? yg menilai ikhlas ke tak seseorg itu buat bnda baik. ya, kau la.

  9. Anonymous says:

    artis2 jangan ikut perangai….tetap ada sedikit unsur riak dan ujub. harap lisa ambil perhatian. jgn harapkan pujian dan likes.

  10. Anonymous says:

    sume tahu pergi mekah dan tudung(aurat) tu wajib dijaga.
    tidak perlu wawarkan. dlm hukum iman sudah ada….
    itu jer lah akak nak pesan!

  11. Anonymous says:

    dah habis raya ni takat jemputan makan2 jupe kawan2 jer up laa gmbr pakai tudung…. nnti hujung2 tahun dpt jemputan majlis soccccial xkan nak dtg pakai tudung yer takkkk…
    artis lain balik umrah istiqamah diam2… nak pakai tudung diam2 nak free hair balik pun diam2… lisa surirumah ni jenis baling batu sembunyi tgn… dia yg menunjuk2 bertudung tp konon2 bukan mintak pujian… eceeee ceee coooiiiiiii

  12. Anonymous says:

    TANDA2 ORANG SOLAT TAK BETUL…SUSAH NAK BERUBAH TINGGALKAN DUNIAWI.

  13. King says:

    Queen kat tas tu Lisa kot…..hahahaha

  14. Anonymous says:

    Subhanallah,jgn lupe tambh ilmu lagi

  15. Anonymous says:

    kita tunggu 6 bulan lagi….tengok nak pakai tudung bawal, ikan jaws atau siakap keli… huhu

  16. apa2 je says:

    ate kome ni….pakai salah, x pakai salah.. dh dia celebrity kan? mmg la jd tumpuan je. lain la mcm kita ni, pakai ke, x pakai ke.. xde sape nk ambil peduli.. lantak dia la… aku tgk lisa n yusri tu ok je.. lisa tu pun bkn ada gosip liar pun… think positive la… jgn cpt sgt menghukum org seolah2 kita ni suci sangatttttt……

  17. Rin says:

    Niat kan dalam hati nak berhijrah… Longgar kan sikit pakaian tu… Labuhkan tuduh… Kurangkan selfi post gambar tak penting tu.. InsyaAllah, berkah

    • queen says:

      pelan2 berubah. dia ada usaha nk berubah. biarkan dia. kita semua pun pelan2 berubah, saya dan awak pun pelan2 berubah

  18. cik laser says:

    bukak balik lah sis.. org2 kite ni klau ade yg nk berubah manjangg pesimis.. x pakai tudung suh pakai.. dh pakai ckp x lengkap.. dh lengkap ckp riak.. yg komen tu plak mzm zuhud nau walhal ko komen kt blog artis kot.. ingat ko xde saham neraka ke weiii.. klau iman menebal camne ko leh gigih join.. bebal

  19. Anonymous says:

    Silap orang kita bila berubah pasti inginkan yg drastik. Taukah tuan puan Al-Quran pun diturunkan beransur-ansur? Pernah ke kalian yg bijaksana ni fikirkan apakah hikmahnya kitab suci tu diturunkan sedemikian? Sesuai dgn fitrah insan tuan2 puan2. Berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan tp istiqamah lg disukai Allah. Kita semua ada buat silap. Bersangka baik dari cakap merapu. Salam Rabu.

  20. Anonymous says:

    she’ll istiqamah, InsyaAllah. Ingat Lisa dulu pernah cakap, dia pernah jadi ustazah part time di sekolah private. Basic kuat, support from husband and family plus with high self esteem, InsyaAllah ok. X mudah goyang dengan bisikan godaan Syaitan

  21. bong cit says:

    paling menyampah statement belum bersedia…pastu artis yg g mekah acah2 pakai purdah jubah tutup aurat then bergambor ala2 g holiday…balik msia sumer terbang…ko ingat korg tu x wajib ke tutup aurat…main2 agama btol…

    • Anonymous says:

      itu lah kan… post2 gmbr tudung kekonon tak minta puji… tup tup belum bersedia… kekonon mintak istiqamah… nnti dpt jemputan fesyen terus lupa tudung…

      bertudung ni tak perlu minta2 istiqamah pd org… kubur masing2 gitu sendiri harus beringat tentang agama perihal aurat… balik umrah terdesak nk puji2an… tunggu 6 blm lagi sethun lagi gigih post baju partyinggggg…

  22. pening lalat says:

    org minta doa agar dia sentiasa istiqamah pun kena bahan ker, mana riak dia kat situ, cer cer ita

  23. kakikucnghitan says:

    MasyaAllah cantiknyaa lisa. Semoga istiqamah. cantik sgt

  24. Kak Tina says:

    Semuga kekal Istiqomah. Lisa yg mmg cantik, bertambah cantik & yg penting suami tk menanggung dosa kerana isteri tk menutup aurat. Satu lagi family yg saya suka, kelihatan sederhana serba serbi. Alhamdulillah.

  25. kak dukun says:

    berapa lama mampu….besok sendat tetek jojol mcm kak ratu!!

  26. Bukan ke ada orang comment pasal dia kat mcari forum dekat thread kaka jue tu. Maybe ini reverse psychology nak bagi netizen tutup mulut kot. Dia kan smart handle controversy.

  27. Salwati says:

    Astaghfirullahal’adzim..
    Rata2 anonymous yg mengecam telah memperlihatkan riak dan ujub masing2, seolah2 anda telah confirm berada di darjat lebih tinggi daripada Lisa. Boleh jadi Allah mengira setiap pengorbanannya dlm beribadah itu sebagai jihad dan dakwah. Ibadah anda adakah confirm diterima? Bertaubatlah!
    Untuk Lisa, semoga Allah mengurniakan kekuatan untukmu istiqomah, aamiin!

Leave a Reply to Mat Serbu Cancel reply