June 26th, 2019

Penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani  yang manis bertudung selepas pulang dariapda menunanikan ibadah Umrah mula menarik perhatian netizen. Memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di akaun Instagram, ramai yang memuji Lisa kelihatan lebih cantik.

Sedar mengenai perkara itu, Lisa mengakui keputusan untuk kekal bertudung atau sebaliknya terlalu peribadi. Kata Lisa, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik ataupun meraih pujian.

Advertisement

Bertudung tanpa paksaan sesiapa, Lisa berharap dia dapat kekal istiqamah dan melakukannya dengan niat kerana Allah SWT.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini.

Advertisement

Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan agar dirinya lebih menganjak ke hadapan dalam soal menutup aurat dan bukannya ke belakang.

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Lisa terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement

60 responses to “Doakan Saya Terus Istiqamah – Lisa Surihani”

  1. Salwati says:

    Astaghfirullahal’adzim..
    Rata2 anonymous yg mengecam telah memperlihatkan riak dan ujub masing2, seolah2 anda telah confirm berada di darjat lebih tinggi daripada Lisa. Boleh jadi Allah mengira setiap pengorbanannya dlm beribadah itu sebagai jihad dan dakwah. Ibadah anda adakah confirm diterima? Bertaubatlah!
    Untuk Lisa, semoga Allah mengurniakan kekuatan untukmu istiqomah, aamiin!

  2. Bukan ke ada orang comment pasal dia kat mcari forum dekat thread kaka jue tu. Maybe ini reverse psychology nak bagi netizen tutup mulut kot. Dia kan smart handle controversy.

Loading...