Pelakon dan juga usahawan, Boy Iman baru-baru ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menipu berkenaan penganjuran vendor Hooray X Fest Raya pada minggu lalu.
Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu; bersama-sama tiga orang suspek lain iaitu Norazah Sahud, Norzana Rapie dan Nor Azmi Jantan.
Pelakon yang juga ahli perniagaan, Boy Iman dan tiga individu lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret KL, hari ini, atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu. pic.twitter.com/VS1vdvBS6c
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 25, 2023
Dia yang diiringi polis turut memohon doa orang ramai dan menganggap dirinya teraniaya.
Doakan saya ya, teraniaya ni..
Keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam dilaporkan telah memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.
Mahkamah kemudian membenarkan masing-masing diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kesalahan menipu tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda jika disabitkan kesalahan.