“Doakan Saya Sembuh..” Roy Lefthanded Dimasukkan Ke Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Hiburan

“Doakan Saya Sembuh..” Roy Lefthanded Dimasukkan Ke Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ratnaku’, Roy dilaporkan telah dimasukkan ke wad di Hospital Banting tengah malam semalam akibat mengalami sesak nafas.

Roy LefthandedSumber : mStar Online  

Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi difahamkan telah dijangkiti kuman di bahagian paru-paru setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas.

Advertisement

Dia yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta namun petugas perubatan telah menyarankan Roy untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan untuk rawatan lanjut.

Roy Sumber : Sinar Plus  

 

“Disebabkan itu, saya terus ke Hospital Banting, Saya fikir hanya sesak nafas biasa, namun hasil pemeriksaan saya dimaklumkan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.”

Bekas anggota kumpulan Lefthanded ini dalam pada itu memberitahu bahawa dia turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan masih menunggu keputusan. Jika didapati positif, Roy akan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan intensif.

Roy GV6Sumber : mStar Online  

Menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, Roy sempat memohon doa orang ramai agar kesihatannya kembali pulih dan diberi kesembuhan yang segera.

Sekadar info, Roy pernah membuat kemunculan semula dalam industri nyanyian apabila menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-6 sebelum tersingkir pada konsert minggu kelapan pada tahun 2019 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...