Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Doakan Saya..” Sedar Diri Jahil, Ifa Raziah Ambil Kesempatan Berlatih Berhijab Di Bulan Ramadan

Ifa Raziah

Pelakon senior dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah mengakui dirinya masih jahil dan tidak sempurna dan tidak kisah jika ada orang di luar sana yang mempersoalkan niat sucinya untuk berhijab di bulan Ramadan.

View this post on Instagram

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Advertisement

Dia yang ditemui media baru-baru ini menjelaskan bahawa dia sudah tiga tahun mengamalkan bertudung litup secara sepenuh masa di bulan puasa.

Jelas Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha,45, dia tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berganda di bulan mulia ini.

“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala. Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain jahil, buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.”

Ifa sebelum ini memang bertudung pada setiap hari Jumaat setiap minggu berkata enggan bersikap hipokrit dalam isu membabitkan agama kerana beranggapan itu urusan dirinya dengan Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Advertisement

“Orang selalu cakap, dah elok berubah, berhijab, tiba-tiba dah habis raya habis Syawal, buka balik. Benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah..” ujarnya kepada sebuah portal berita ketika ditemui.

Ujarnya lagi, komitmen kerja turut menjadi sebab dan kekangan buat dirinya untuk tampil berimej muslimah sepenuhnya.

Akhir bicara, Ifa menzahirkan perasaan syukur kerana masih dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut memohon doa daripada  orang ramai serta peminat agar dirinya dapat menjadi lebih baik dan berhijrah ke arah kebaikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    April 15, 2021 at 12:22 pm

    eh betol la. kte berjanji dengan Allah. bukan dgn manusia. Allah sebaik2 penilai. do it for Allah. bukan untuk makluk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama