Pelakon senior dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah mengakui dirinya masih jahil dan tidak sempurna dan tidak kisah jika ada orang di luar sana yang mempersoalkan niat sucinya untuk berhijab di bulan Ramadan.
View this post on Instagram
Dia yang ditemui media baru-baru ini menjelaskan bahawa dia sudah tiga tahun mengamalkan bertudung litup secara sepenuh masa di bulan puasa.
Jelas Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha,45, dia tidak mahu ketinggalan untuk merebut pahala berganda di bulan mulia ini.
“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala. Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain jahil, buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.”
Ifa sebelum ini memang bertudung pada setiap hari Jumaat setiap minggu berkata enggan bersikap hipokrit dalam isu membabitkan agama kerana beranggapan itu urusan dirinya dengan Allah S.W.T.
View this post on Instagram
“Orang selalu cakap, dah elok berubah, berhijab, tiba-tiba dah habis raya habis Syawal, buka balik. Benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah..” ujarnya kepada sebuah portal berita ketika ditemui.
Ujarnya lagi, komitmen kerja turut menjadi sebab dan kekangan buat dirinya untuk tampil berimej muslimah sepenuhnya.
Akhir bicara, Ifa menzahirkan perasaan syukur kerana masih dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut memohon doa daripada orang ramai serta peminat agar dirinya dapat menjadi lebih baik dan berhijrah ke arah kebaikan.