“Doakan Saya, Saya Akan Cuba Yang Terbaik” – Hairul Azreen Kini Pemain Profesional Mobile Legend

Hiburan

“Doakan Saya, Saya Akan Cuba Yang Terbaik” – Hairul Azreen Kini Pemain Profesional Mobile Legend

Pelakon popular, Hairul Azreen kini menceburi dunia sukan elektronik (e-sports) apabila telah diterima sebagai salah satu pemain profesional Mobile Legend untuk pasukan Selangor Red Giants (SRG) baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Hairul meluahkan rasa bersyukur apabila diberi peluang tersebut selepas dia berhenti dari dunia lakonan.

Advertisement

Dalam perkongsian itu, dia memohon supaya orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan dia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan SRG itu.

Alhamdulillah selepas berhenti berlakon, saya diterima sebagai pro player Mobile Legend team @srg.esportsmy. Doakan saya dan saya akan cuba yang terbaik.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana bukan mudah untuk menjadi pemain profesional pasukan SRG.

fattah amin
1 day ago

“Komisen Tu Minta ‘Team’ Uruskan Boleh?” - Fattah Amin Tolak Duit Komisen, Infak Kepada Yang Memerlukan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...