Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Doakan Saya..” Nabila Razali Bakal Berentap Di AJL35, Bakal Bawa Elemen Kejutan

Debaran pasti sudah dirasai buat kesemua finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang bakal berentap buat julung kalinya pada malam ini.

Nabila RazaliSumber : Instagram Nabila Razali  

Meninjau ruangan media sosial, ramalan tentang siapa yang bakal menjuarai anugerah berprestij itu sudahpun menjadi bahan bualan netizen.

Advertisement

Antaran lagu yang diramal menjadi juara adalah lagu Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF yang bakal dilantunkan oleh Nabila Razali pada malam ini.

Nabila yang juga bergelar pelakon baru-baru ini telah ditemui media dan menjelaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingn tersebut.

Advertisement

“Alhamdullilah, sebagai pendatang baru, saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi pada malam persembahan esok. Secara peribadi, saya hanya melunaskan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pencipta lagu. Semoga segalanya berjalan lancar esok.”

Dalam pada itu, Nabila tidak mendedahkan dengan lanjut mengenai persembahan yang bakal dibawanya pada malam kemuncak kelak.

“Kejutan? Kenalah tunggu malam esok..” ujarnya mengakhiri bicara.

Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 atas sebab kesihatan.

AJL35 bakal berlangsung pada malam ini bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dengan perlaksanaan norma baharu tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik COVID-19.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:54 pm

    Terkejut jugak. Andaiannya, naik pentas dengan bungkusan hadiah yang cantik, bila bukak, penuh dengan sampah. Dan ramai pulak puji sampah dalam hadiah tu.

  2. Anonymous

    March 16, 2021 at 4:14 pm

    Ini betul2 kejutan

    • Anonymous

      March 19, 2021 at 5:51 pm

      Hahahahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top