Debaran pasti sudah dirasai buat kesemua finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang bakal berentap buat julung kalinya pada malam ini.
Meninjau ruangan media sosial, ramalan tentang siapa yang bakal menjuarai anugerah berprestij itu sudahpun menjadi bahan bualan netizen.
Antaran lagu yang diramal menjadi juara adalah lagu Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF yang bakal dilantunkan oleh Nabila Razali pada malam ini.
Nabila yang juga bergelar pelakon baru-baru ini telah ditemui media dan menjelaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingn tersebut.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah, sebagai pendatang baru, saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi pada malam persembahan esok. Secara peribadi, saya hanya melunaskan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pencipta lagu. Semoga segalanya berjalan lancar esok.”
Dalam pada itu, Nabila tidak mendedahkan dengan lanjut mengenai persembahan yang bakal dibawanya pada malam kemuncak kelak.
“Kejutan? Kenalah tunggu malam esok..” ujarnya mengakhiri bicara.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 atas sebab kesihatan.
AJL35 bakal berlangsung pada malam ini bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dengan perlaksanaan norma baharu tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik COVID-19.