Pempengaruh media sosial, Cik Bunga, meraih perhatian ramai selepas berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya yang disahkan menghidap autisme tahap dua.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Threads, di mana Cik Bunga memuat naik foto bersama anaknya selepas sesi pemeriksaan dengan doktor.
“Masya-Allah, hari ini LZ ada appointment dengan Dr. Sarah.
LZ telah disahkan autisme tahap dua,” tulisnya.
Walaupun menerima berita itu dengan hati yang berat, Cik Bunga berkata dia reda dan menganggap anaknya sebagai anugerah terindah daripada Allah.
Allah hadiahkan amanah yang paling berharga buat saya.
Doakan saya dan anak syurga saya.
Di ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Cik Bunga terus kuat menempuhi cabaran sebagai ibu kepada anak istimewa.
Sebelum ini, Cik Bunga atau Nur Mahfuzah Zulkifli turut menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran yang memberi bayangan pergolakan rumah tangganya bersama suami, Bengah (Hammad Zamakhashari Mohd Noor).
Beliau mendakwa suaminya memburukkan dirinya dalam sesi siaran langsung serta mempersoalkan peranan lelaki itu sebagai suami yang sepatutnya mempertahankan isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

