Penyanyi dan pelakon, Ika Nabella berkongsi momen manis dirinya sewaktu menghadiri majlis ilmu bersama bakal raja sehari, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi Threads, Ika yang memuat naik foto bersama pasangan itu memaklumkan dia sempat berpesan kepada Fattah agar menjaga Amira dengan sebaik mungkin.
“Oh ya! Bakal pengantin pun sempat hadirkan diri ke majlis khatam pengajian kitab syamail tadi.”
“Jaga Amira baik baik tau” – pesan Ika kepada Fattah.
Pesanan itu disambut baik oleh Fattah yang meminta Ika mendoakan mahligai cinta yang bakal dibinanya bersama Amira.
“Doakan kami ya.”
Di akhir perkongsian, pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim menitipkan doa agar perkahwinan Fattah dan Amira diberkati Allah SWT.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pada majlis tersebut, Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini, yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi ini secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman, pada 14 September ini jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.