Doakan Saya Bertudung Sepenuhnya – Erra Fazira

Hiburan

Doakan Saya Bertudung Sepenuhnya – Erra Fazira

Di kala ramai rakan seperjuangannya seperti Rozita Che Wan, Umie Aida dan Ziana Zain telah berhijrah memakai tudung sepenuhnya, Erra Fazira masih lagi belum dibukakan pintu hati untuk mengikut jejak langkah kawan-kawan itu. Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini Erra dilihat sering hadir ke acara-acara dengan memakai turban dan serkup kepala. Belum lagi bersedia untuk sepenuhnya, Erra meminta para peminat untuk mendoakan agar dipermudahkan dirinya untuk berhijrah.

erra fazira bertudung

Advertisement

Kata Erra Fazira:-

Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa di jaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab. Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana mana pihak. Insya-Allah…doakan supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati.

erra fazira bertudung

Insya Allah satu hari nanti, dalam masa terdekat hati Erra Fazira akan dibuka untuk menutup aurat sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sekarang Erra sedang berusaha ke arah itu. Selalunya benda-benda sebegini akan datang secara tiba-tiba. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...