“Doakan Saya Ayah, Halalkan Segalanya” – Bot Disekat Kini, Mesej Peserta Malaysia GSF Runtun Hati

Trending

“Doakan Saya Ayah, Halalkan Segalanya” – Bot Disekat Kini, Mesej Peserta Malaysia GSF Runtun Hati

Perkongsian mesej daripada aktivis muda Malaysia, Haroqs kepada ayahnya meruntun hati ramai selepas bot yang dinaikinya sebagai sebahagian misi Global Sumud Flotilla dilaporkan disekat tentera Israel.

Menerusi tangkap layar mesej yang mula tular di Threads, Haroqs dilihat sempat menulis kata-kata ringkas kepada ayahnya sebelum talian komunikasi diputuskan.

Advertisement

 

View on Threads

 

Tulisnya,

Salam pa, tak lama lagi adik dah berhadapan dengan tentera diaorang ni, doakan baik-baik sahaja. Adik sayang pa, jaga diri baik-baik. Maafkan salah silap adik dan halalkan segalanya.`

Coretan itu nyata menyentuh hati netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat agar keselamatan Haroqs serta aktivis lain terus terpelihara.

“Air mata saya jatuh baca mesej ni. Moga Allah lindungi Haroqs dan semua pejuang kemanusiaan,” komen seorang pengguna Threads.

Rata-rata warganet menyifatkan keberanian Haroqs wajar dijadikan inspirasi buat anak muda Malaysia kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi misi kemanusiaan.

Terdahulu, beberapa bot flotilla dilaporkan disekat dan ditahan tentera Israel, setakat info yang diterima, seramai 12 rakyat Malaysia turut ditahan kini.

ardell pulih
2025-09-26 14:56:46

Ardell Aryana Kembali Pulih & Teruskan Misi GSF - "Walaupun Doktor Suruh Pulang Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...