Pelakon sensasi Reen Rahim memuat naik satu hantaran dalam laman Instagram miliknya berkenaan status terkini kesihatannya.
Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim memaparkan tangan kirinya yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.
Bismillah… doa kan Reen okay. Mintak maaf pada semua yg Reen terpaksa cancel metting, event and sebagainya untuk minggu ini.
Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.
Peminat dan rakan artis kepada pelakon Keluarga Instafamous itu turut menitipkan doa agar Reen diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh dari sebarang penyakit. Ada juga yang memberi nasihat agar Reen mendapatkan rehat yang secukupnya kerana menebak dia mungkin dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.
Sebelum ini, Reen pernah disahkan positif Covid-19 pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.