“Doakan Majlis Berjalan Lancar” – Ernie Zakri Dan Syamel Dijangka Nikah Pagi Esok

Hiburan

“Doakan Majlis Berjalan Lancar” – Ernie Zakri Dan Syamel Dijangka Nikah Pagi Esok

Lebih senang mengunci mulut mengenai hal pernikahan mereka, peminat nyata tertanya-tanya mengenai tarikh pasangan Ernie Zakri dan Syamel bakal disatukan.

ernie zakri dan syamel
4 years ago

Sudah Tidak Lama, Ernie Zakri Dan Syamel Bakal Bernikah Hujung Bulan Ini?

Advertisement

Pun begitu, dalam sebuah entri yang dimuat naik oleh pasangan ini, kelihatan seperti mereka bakal mendedahkan sedutan video mengenai hal perkahwinan malam nanti.

Peminat juga perasan tarikh 26 Mac yang disertakan di dalam klip tersebut lantas menguatkan lagi dakwaan bahawa itu ialah tarikh nikah mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pasangan selebriti itu dijangka akan diijabkabulkan pagi esok. Malah Ernie memohon orang ramai agar mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, doakan majlis berjalan lancar. Insya-Allah, majlis nikah dibuat secara sederhana saja membabitkan keluarga kedua belah pihak.”

Bahkan kedua mereka akan menjalankan majlis ringkas itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

“Lagipun kami perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam melaksanakan majlis.”

ernie zakri dan syamel

Untuk pengetahuan semua, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu selepas mula rapat pada tahun 2017.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...