Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Doakan Kami Putus, Korang Dapat Apa?” Risteena Respon Isu Komen Netizen Rimas Kerana Sering Tayang Kebahagiaan Bersama Isa Khan

Sering saja berkongsi momen – momen indah bersama tunang tersayang, pelakon Risteena mengakui ada yang kurang senang dengan perkongsian mereka sehingga ada yang mendoakan supaya hubungan mereka putus di tengah jalan.

Namun, Risteena tidak mudah melatah dengan kritikan yang dilemparkan netizen, malah tunangnya, Isa Khan turut sama mempersoalkan apa yang netizen mahu sehinggakan sanggup mendoakan benda yang tidak baik untuk mereka.

Advertisement

“Ada yang mendoakan kami supaya putus. Kalau kami putus korang dapat apa, kalau kami tak putus pun korang dapat apa?”

Menolak dakwaan ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan dan mendapatkan perhatian, Risteena berkata dia hanya ingin berkongsi saat bahagianya bersama peminat di luar sana.Menurutnya lagi, dia hanya berkongsi apa yang Isa sering lakukan sepanjang perhubungannya kini dan  jikalau netizen di luar sana tidak suka, tidak perlu tengok.

“Isa Khan dekat media sosial ke dekat luar ke dia memang seorang yang romantik, seorang yang penyayang. Saya cume berkongsi dengan pengikut di Instagram apa yang kita orang buat. Isa bagi bunga bukan acah-acah ya. Tu betul-betul. Mungkin korang tak dapat rasa benda tu. Saya bersyukur ada pasangan macam ni. Kalau tak suka jangan tengok,”

Mengimbas kembali, Risteena dan pasangannya, Isa Khan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 yang lalu di Bali, Indonesia dan khabarnya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Sumber: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 11, 2020 at 3:09 pm

    Tapi sebenarnya kan,,,,sebelum khawin dan selepas khawin tak sama…Lagi kalau dah ada anak2….Masa bercinta semuanya ok dan best…heee,,,nak tahu betul2 atau acah,,,tengok lepas khawin n ada anak…apapun moga berbahagia selalu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top