Sering saja berkongsi momen – momen indah bersama tunang tersayang, pelakon Risteena mengakui ada yang kurang senang dengan perkongsian mereka sehingga ada yang mendoakan supaya hubungan mereka putus di tengah jalan.
Namun, Risteena tidak mudah melatah dengan kritikan yang dilemparkan netizen, malah tunangnya, Isa Khan turut sama mempersoalkan apa yang netizen mahu sehinggakan sanggup mendoakan benda yang tidak baik untuk mereka.
“Ada yang mendoakan kami supaya putus. Kalau kami putus korang dapat apa, kalau kami tak putus pun korang dapat apa?”
Menolak dakwaan ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan dan mendapatkan perhatian, Risteena berkata dia hanya ingin berkongsi saat bahagianya bersama peminat di luar sana.Menurutnya lagi, dia hanya berkongsi apa yang Isa sering lakukan sepanjang perhubungannya kini dan jikalau netizen di luar sana tidak suka, tidak perlu tengok.
“Isa Khan dekat media sosial ke dekat luar ke dia memang seorang yang romantik, seorang yang penyayang. Saya cume berkongsi dengan pengikut di Instagram apa yang kita orang buat. Isa bagi bunga bukan acah-acah ya. Tu betul-betul. Mungkin korang tak dapat rasa benda tu. Saya bersyukur ada pasangan macam ni. Kalau tak suka jangan tengok,”
Mengimbas kembali, Risteena dan pasangannya, Isa Khan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 yang lalu di Bali, Indonesia dan khabarnya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Sumber: Astro Gempak