Penyanyi kumpulan muzik Hujan, Noh Salleh baru-baru ini ada membuat persembahan di sebuah lokasi di Perak.
Dalam persembahan itu, Noh dirakam mempersembahkan lagu berjudul Biar Seribu, khabarnya khas buat tunang tercinta, Fatin Athira.
Noh dilihat berdiri di atas pentas dan bersiap untuk membuat persembahan malah sempat memperkenalkan Fatin kepada peminat yang hadir.
Oh itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ini (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.
Jadi mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini.
Terdahulu, Noh menerusi satu hantaran di Instagram ada memuat naik foto busana akad nikah yang bakal digayakan pada hari perkahwinan mereka kelak.
Difahamkan, pasangan ini akan bernikah pada 23 September 2023 setelah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.