May 9th, 2020

Rasanya semua sedia maklum bahawa terdapat khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa rumah tangga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sudah pun retak menanti belah.

Tak cukup dengan itu, berterbangan pula cerita bahawa mereka sudah pun mengemukakan surat tuntutan cerai sehingga mengejutkan ramai netizen.

Pun begitu, usahawan terkenal ini telah memuat naik entri di laman Instagramnya bagi merungkai segala persoalan orang ramai selepas sekian lama menghilangkan diri.

 

View this post on Instagram

 

Im back?Rindu sgt nak peluk anak sy raudah ni?? lama saya menyepi….bukan merajuk…cuma muhasabah diri utk menjadi manusia yg soleh, mengahrgai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup…4 bulan berjauhan dr anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan.. saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga…..Apa yg berlaku bukan gimik utk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga…Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri sy, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan ramadhan ni memberi erti yg besar pada saya…doakan saya dan keluarga dapat bahgia semula?? im back??? #uhuhabangkosmetik doakan kami berkekalan????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurut lelaki itu, dalam tempoh dia berjauhan dengan keluarga selama 4 bulan, dia menggunakan peluang tersebut untuk muhasabah diri supaya dapat menjadi manusia yang soleh dan lebih matang daripada sebelumnya.

Sedar bahawa ramai yang menunding jari dan menuduh dia hanya mencari publisiti murahan, tapi Aliff Syukri bertegas bahawa ia adalah salah satu dugaan dalam berumah tangga. Pasti ada pasang dan surutnya.

alif syukri kembali ke pangkuan keluarga

Selepas melalui semua itu, usahawan tersebut berjanji akan meletakkan keluarga sebagai keutamaan dan sedar bahawa mereka adalah segalanya dalam kehidupannya. Aliff Syukri juga tidak lupa meminta orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Rata-rata pengikut melahirkan rasa syukur apabila lelaki itu kembali ke pangkuan keluarganya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan berharap bahawa pasangan tersebut membuang yang keruh dan mengambil yang jernih sahaja.


5 responses to ““Doakan Kami Berkekalan” – Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas 4 Bulan”

  1. che puteh ibrahim says:

    alhamdulillah berkat doa seorang isteri dan ibu agar rumahtangga beliau kembali seperti sediakala.amin semoga berkekalan hingga ke jannah keluarga ini..salam ramadhan.

  2. Ciku Layi says:

    Dua tiga bulan lagi cerai le. Mari kita doa beramai ramai supaya percepatkan penceraian. Semak gile cite mamat ni

  3. STAY AWAY FROM LGBT!

  4. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    ape pulak nk jauhkn diri dari sajat? dorang tu kawan baik datin pon kenal ngan sajat pernah sama2 jumpa..jangan busok hati sangat datuk aliff ada pakai coli ke macm sajat? datuk aliff ada pakai skirt ? datuk ada pakai bengkong ? takannnnn so nape nak putuskn siratulrahim diaorang yg dh sekian lama..korang semua tak payah puasa lah ..

  5. suara ku says:

    Jauhkan diri dari LGBT yang tiada munafaat dan jauhkan diri sari sajat

Leave a Reply to suara ku Cancel reply

Loading...