Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Doakan Jika Mahu Saya Berubah, Bukannya Kecam – Emma Maembong

Keputusan Emma Maembong untuk membuka tudung beberapa bulan lalu mengejutkan ramai. Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada pelakon itu.

Advertisement

Namun, apabila Emma berkesempatan untuk menunaikan umrah baru-baru ini, ramai pula yang meletakkan harapan tinggi agar beliau kembali berhijab.

Bagaimanapun, Emma berharap agar orang ramai tidak terlalu memaksa dan memberikan beliau ruang untuk memperbaiki dirinya. Janganlah mengecam tetapi doakan yang baik-baik sahaja buatnya.

Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik. Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain.

Advertisement

Perubahan untuk menjadi seorang yang lebih baik memerlukan masa tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Biarlah ia dilakukan dengan hati yang ikhlas agar dapat kekal istiqamah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Anonymous

    April 2, 2019 at 6:17 pm

    mungkin dia tak puas enjoy.. atau masa dia pakai tudung bukan dengan kerelaan sendiri.. jadi dia memberontak.. dia rasa dia masih muda.. dia tak fikir mati tidak tunggu sesaat pun.. jadi, emma fikir panjang boleh? dunia yang kekal ke akhirat yg kekal?……………

  2. Soooostupid

    April 2, 2019 at 2:39 pm

    Skang ni dunia dh tenat sgt2.. org2 islam senang2 je d bunuh tanpa pembelaan, lg di tuduh pengganas..
    Lbh baik kt sume bykkn berdoa utk kselamatan saudara sesama islam kita yg di tindas ngan kejam, doa utk ibu bapa ngan klrga kt agar d jauhkan drp menjadi pengikut dajjal..
    Psal artis2 mcm ni biar deorg doa sndr.. biar deorg usaha sndr.. deorg pn ada klrga sndr yg blh doakn deorg.. aqal sume ckp kn..

  3. esah jendul

    April 2, 2019 at 2:26 pm

    senang je nak bersih nama…pas buat benda banggang gi umrah…tutup purdah bagai…so netizen akan ckp doakan yg baik2…hidayah tu x dtg bergolek emma kembong…sendiri kena usaha cari…krg2 ko bertudung dh ikut apa yg Allah suruh…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama