Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Doakan Hubungan Kami – Ummi Nazeera

Pelakon Ummi Nazeera sebelum ini mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Ummi tidak membuka mulut secara terperinci mengenai temannya itu.

Advertisement

Terbaru menerusi portal Utusan Online, Ummi  beliau lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan soal hubungan peribadinya kepada umum kerana belum pasti dengan pengakhirannya.

Setakat ini, tidak ada apa-apa yang ingin saya kongsikan jadi rasanya lebih baik saya berdiam diri sahaja. Lagipun seeloknya saya tidak bercerita lebih kerana kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Bagaimana takdir hidup saya kelak, tidak mampu untuk saya ceritakan. Sebab itulah saya selesa dengan pendirian saya ini. Apabila semuanya sudah ada kepastian dan berita baik, saya tidak teragak-agak untuk berkongsi dan bercerita.

Ummi memberitahu setakat ini hubungan beliau dengan lelaki yang diperkenalkan oleh keluarganya itu berjalan dengan baik.

Advertisement

Pada masa yang sama, Ummi berharap agar peminatnya juga mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Setiap kali diajukan tentang perkara ini, saya tidak mengelak dan mengaku sedang mengenali seseorang. Sehingga ke hari ini, alhamdulillah hubungan kami berjalan dengan baik. Doakanlah semuanya baik-baik.

Kami mendoakan agar hubungan Ummi kali ini ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Benar kata Ummi, lebih baik untuk bercerita mengenai sesuatu jika ia sudah pasti.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top