“Doakan Hubungan Kami” – Kongsi Gambar Berpeluk Mesra Dengan Lelaki, Zarina Anjoulie Bakal Berkahwin Lagi?

Hiburan

“Doakan Hubungan Kami” – Kongsi Gambar Berpeluk Mesra Dengan Lelaki, Zarina Anjoulie Bakal Berkahwin Lagi?

Baru-baru ini, tular beberapa foto memaparkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie berpelukan dengan seorang lelaki dengan penuh mesra.

Lelaki tersebut memuat naik fotonya bersama selebriti terbabit di laman Twitter dan ia mengundang persoalan daripada para netizen hingga membuat spekulasi bahawa dia adalah teman lelaki Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju.

Advertisement

Hal tersebut mendapat perhatian kerana mereka berpelukan seakan-akan pasangan kekasih dan kapsyen yang diletakkan membuatkan netizen berasa ‘terkejut’.

Kapsyen yang dibuat oleh lelaki tersebut seolah-olah ingin menyatakan bahawa hubungannya bersama Anju sedang serius dan akan menjadikan pelakon itu sebagai isteri.

Kerana sudah menjadi bualan ramai, Anju tampil untuk menjelakan hantaran gambar tersebut dan memberitahu individu itu hanyalah sekadar kawan sahaja.

komen netizen

komen netizen

Sekadar info, Anju pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar sekitar tahun 2020 tetapi hubungannya tidak berkekalan dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei tahun lalu.

zarina anjoulie dan eilyas azhar
2 years lalu

"Dia Banyak Aniaya Aku"- Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Minta RM10K Lafaz Cerai, Ugut Sebar Foto Aib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini