“Doakan & Bantulah Sajat Untuk Balik Malaysia.. Saya Takut Kalau Dia Dekat Sana, Dia Akan Lagi Hanyut” – Aliff Syukri

Trending

“Doakan & Bantulah Sajat Untuk Balik Malaysia.. Saya Takut Kalau Dia Dekat Sana, Dia Akan Lagi Hanyut” – Aliff Syukri

Memetik dari artikel Hib Glam, rakan baik usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Sajat bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi tetapi kali ini dengan penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki.

Nasihat Sajat jangan ‘post’ apa-apa bila di Tanah Suci

Susulan itu, Aliff berpesan kepada orang ramai untuk tidak menjatuhkan hukum membuta tuli serta memberi nasihat kepada Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad untuk tidak memuat naik apa-apa kandungan ketika berada di Tanah Suci.

Advertisement

Ingin saya nasihatkan, kalau dia pergi janganlah muat naik (dalam media sosial) sebab kalau dia buat, akan ada orang yang senang dan ada juga orang yang tak senang dengannya.

Dalam pada itu, usahawan tersebut memberitahu Sajat sering menghubunginya dengan meluahkan rasa rindu terhadap kampung halaman.

Dia sedih dan bila dia telefon saya, mesti menangis sebab teringin nak balik Malaysia. Pada saya ramai lagi yang buat benda tak senonoh. Mungkin dia terlanjur dan tak mahu mengulangi kesilapan, bantulah dia untuk balik Malaysia.

‘Tolong bantu Sajat kembali ke Malaysia, bimbang dia makin hanyut’

Tambahannya lagi, dia berasa risau jika lagi lama Sajat menetap di luar negara, ia akan mendorongnya lagi untuk buat perkara yang tidak baik.

Saya takut kalau dia dekat sana, dia akan lagi hanyut. Dekat negara sana, semuanya boleh (buat) dan kita kena doakan yang baik-baik untuknya.

Malah, merayu kepada orang ramai untuk mendoakan Sajat, selain membantu mengubah bekas usahawan itu kearah yang lebih baik.

Sajat buat umrah sebagai lelaki
3 weeks ago

"Saya Tak Akan Buat Orang Marah Lagi" - Sajat Bakal Tunai Umrah Sebagai Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...