Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Doakan Ayda Jebat Bahagia Dengan Suami, Redza Rosli Tak Serik Untuk Bercinta Lagi

Redza Rosli

Tiada istilah ‘cinta mati’, begitulah kata-kata pelakon Redza Rosli yang tampil mengucapkan tahniah dan doa yang terbaik untuk pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suami, Nabil Mahir baru-baru ini.

Terdahulu, Redza dan Ayda pernah menyulam cinta bersama namun putus di tengah jalan. Meskipun begitu, ujar Redza, dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi meskipun pernah gagal dan kecewa sebelum ini.

View this post on Instagram

A post shared by Redza Rosli #RR ?? (@redzarosli)

Advertisement

“Kepada beliau, saya mengucapkan selamat pengantin baru semoga beliau dan suami berkekalan, saya doa baik-baik, sukses dalam karier beliau, dan juga alam perkahwinan, Insyallah..”

Tambah pelakon drama Rindu Yang Terindah ini, pengalaman gagal dalam percintaan adalah lumrah kehidupan dan dia berharap agar menemui insan terbaik untuk dirinya kelak.

Menafikan bahawa dia kini merasa trauma untuk mencari pasangan hidup, Redza berkata bahawa perkara seperti itu (gagal dalam percintaan) hanyalah sebuah pengalaman pahit dan manis yang dilalui seorang manusia.

“Saya bukan takut, tiada istilah cinta mati. Cuma tunggu masa sesuai dan tepat pada masanya..insyaAllah saya akan jumpa orang yang terbaik.”- Redza Rosli

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top