Pelakon dan usahawan, Shuib menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki bongsunya, Ayash Affan bersempena hari lahirnya hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Shuib menceritakan tentang detik Ayash dilahirkan sebagai bayi pramatang pada empat tahun lalu yang pada mulanya tidak bernafas selama hampir 8 saat.
Dia bayi pramatang, semasa lahir dia tak bernafas hampir 8 saat, Allah Maha Hebat, dengan bantuan doktor bertugas dan izin Allah dia bernafas buat pertama kalinya. Harini, genap usianya 4 tahun.
Shuib juga turut menitipkan doa dan harapannya agar Ayash membesar menjadi anak yang baik dan berkata ibu kandungnya, Allahyarhamah Siti Sarah melihat mereka dari jauh dengan penuh kasih sayang.
Semoga menjadi anak yang sihat, anak baik, anak soleh dunia akhirat. Ibu, anak you dah 4 tahun.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu juga, Shuib turut berkongsi beberapa foto Ayash bersama dirinya, adik beradik serta Tengku Ampuang Pahang, Tunku Azizah Aminah.
Namun, apa yang lebih meruntun hati adalah foto terakhir yang dikongsikan pelawak tersebut yang memaparkan dirinya bersama arwah Siti Sarah ketika mengandungkan Ayash.
Hantaran itu meraih perhatian ramai netizen yang sebak terutamanya kerana terkenangkan pemergian arwah Siti Sarah, empat tahun lalu.