May 14th, 2018

Pendedahan berani Datuk Fazley Yaakob mengenai ibu mertuanya minggu lalu nyata mengejutkan orang ramai sehingga ia menjadi viral di media sosial. Siapa sangka, beliau dan isteri Datin Azrene Ahmad menempuh pelbagai dugaan dan ujian selepas membuatkan keputusan untuk berkahwin meskipun pelbagai cubaan dilakukan untuk menutup periuk nasi mereka.

Walaubagaimanapun, Fazley tetap menyertakan ucapan buat ibu mertuanya itu bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada tanggal 13 Mei lalu dalam satu dedikasi khas Hari Ibu untuk ibunya sendiri, ibu kepada anak-anaknya dan juga ibu mertua yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Berbicara mengenai ibu mertuanya, Fazley tidak pernah berhenti berdoa agar wanita itu diberkati dan diberikan ketenangan. Apa pun yang berlaku, hubungan ibu dan anak tidak akan pernah terputus dan berharap satu hari nanti mereka dapat bertemu.

Rata-rata netizen memuji sikap Fazley dan isterinya yang baik hati serta tetap mendokan yang baik-baik sahaja meskipun pernah ditimpa dengan kesusahan.

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus dan sebagai anak kita tetap harus menghormati ibu dan bapa kita walau apa pun yang berlaku.


128 responses to “Doa Saya Buatmu Tidak Pernah Putus, Semoga Hidupmu Diberkati – Ucapan Fazley Yaakob Buat Ibu Mertua”

  1. Anonymous says:

    Hurm sila jangan buka aib keluarga mertua lagi. Jangan sebab dendam orang tua tu bongkarkan PhD from scam uni dan BBC turut bongkarkan, berdendam ye.

    Part pecah amanah, 1mdb dan kaitan dengan altuntuya biar mahkamah adili memandangkan PM Baru sah janji.

    Pasal guna bomoh hindu, bomoh jawa, bomoh indon tak perlu cerita kot. Dah bertahun ada dalam Youtube cerita ni.

    Jangan sampai kena merangkak mohon ampun dengan DS Najib dan DS Rosmah sudah.

  2. Mimi says:

    Jatuhnya UMNO-BN kerana bongkak dan angkuh. GST etc kita sedia maklum dan sedia menerima demi pembangunan Malaysia, yang rakyat pendam perasaan tu sebab angkuh. Susah nak kesian bila ingat balik ayat ” Kalau tak suka undang-undang Malaysia, sila keluar dari negara ni”, rakyat disuruh berjimat bilamana elaun menteri dinaikkan. Sepatutnya penjimatan mula dari atasan, bukannya bawahan yang sedia tersepit. Kita makan pun catu, tup tup tengok vvip semua dok elok bercuti luar negara dengan shopping mahal mahal bagai. Aku dok juga perhati ig wife DS Nazri tu , nak tengok apa komen dia tentang kejatuhan ni, sombong sangat ber-chief-chief bagai dengan Nazri tu ala samseng sebelum ni. Siap tinggal lama dekat france sana noks

  3. Anonymous says:

    Dah serik Undi BN…biar Kak Mah dan suami diadili dgn sewajarnya!

Loading...