Isu mengenai isu diantara pelawak Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu semakin hari, semakin ‘panas’ dan susulan itu, ibu kepada Shuib iaitu Salamiah Jalani mula bersuara serta menjelaskan perkara ‘sebenar’.
Difahamkan dari posting yang dibuat oleh Salamiah, dia menyokong sepenuhnya anak lelaki undur diri dari menyertai Sepahtu Reunion Live kerana didakwa berlakunya unsur penindasan daripada pihak tertentu.
Malah, individu yang digelar sebagai seorang ‘sahabat’ juga dikatakan sudah mengaibkan Shuib hingga tercetus isu bersama SPRM dahulu.
View this post on Instagram
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, di mana ramai berharap agar Jep dan Shuib kembali berbaik, malah ada juga meminta ibu Shuib tidak ikut campur hal mereka tetapi di balas oleh wanita terbabit.
Dalam pada masa yang sama, PA Shuib iaitu Shafiq Sharip turut sempat meninggalkan komen di ruangan hantaran tersebut dengan memberitahu doa orang teraniaya pasti akan dimakbulkan dan kekasih Shuib pula meninggalkan komen emoji love di posting ibu Shuib itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.