Doa Isteri Pertama Ini Untuk Suami & Madunya, Buat Si Suami Mengucap Syukur

Trending

Doa Isteri Pertama Ini Untuk Suami & Madunya, Buat Si Suami Mengucap Syukur

KUALA LUMPUR 30 APRIL 2016  Isteri  pertama, Ummu Aiman Mohd Sani, 27 (kanan) sempat begurau bersama madunya,  Nurul Mubaraqah Najri, 21 (kiri) disaksikan suaminya Mohd Salman Mohd Sabri, 34 di Majlis Akad Nikah Beramai Ramai di Masjid Cahaya Iman , Bandar Country Homes, Rawang. NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON
Ummu Aiman Mohd Sani, 27, isteri pertama kepada Dr Mohd Salman Mohd Sabri, 33, yang menyaksikan majlis Akad Nikah suaminya dengan Nurul Mubaraqah Najri, 21, telah menadah tangan mendoakan suami dan madunya itu.

“Saya doakan suami menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Sekali gus dapat mendidik kami berdua menjadi isteri solehah.”

“Saya berharap kesediaannya berpoligami ini mampu menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana,” kata Ummu Aiman dipetik laporan Harian Metro.

Advertisement

Majlis Akad Nikah berkenaan berlangsung secara beramai-ramai di Masjid Cahaya Iman di Bandar Country Homes semalam.

“Saya harap ia (keluarga) menjadi model keluarga poligami kepada semua,” katanya yang mengalu-alukan kehadiran Nurul dalam keluarganya.

Mohd Salman pula berkata, dia berharap kedua-dua isterinya dapat menjalin hubungan yang baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Beruang Ganas

    May 3, 2016 at 2:58 pm

    @Kentot Asal kau jeles? Mana kau tahu hati dia mereyam?

  2. kentot

    May 2, 2016 at 7:46 am

    jantan sampah merenyam dalam hati hanya Allah yang tahu. kalau lah perempuan boleh melakukan benda yang sama boleh madu kan suami. Baru tau langit tinggi rendah.