“Doa-Doakan Lah..” – ‘Upload’ Video Bertudung, Netizen Sejuk Hati Tengok Zarina Anjoulie

Hiburan

“Doa-Doakan Lah..” – ‘Upload’ Video Bertudung, Netizen Sejuk Hati Tengok Zarina Anjoulie

Seperti diketahui ramai, imej seksi selebriti Zarina Anjoulie sememangnya sering menjadi bualan serta bahan kecaman para warganet di media sosial.

Baru-baru ini, Zarina atau mesra dikenali sebagai Anju tampil di TikTok dengan imej bertudung membuatkan ramai berasa terkejut serta berharap perubahan itu berkekalan.

Advertisement

Semasa membuat video reviu sebuah restoran, Anju berkata dirinya masih belum berhijab namun sebab memakainya kerana ingin mengunjungi negeri Kelantan, sekaligus menghormati negeri yang cukup dikenali dengan negeri mementingkan aurat seseorang.

Biarpun begitu, pelakon tersebut turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan agar satu hari pintu hatinya terbuka untuk mengenakan hijab dan sempat berkata dia ada juga terfikir, namun belum bersedia.

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen sememangnya berasa ‘sejuk hati’ melihat selebriti terbabit berimej sopan serta tidak lupa memuji kecantikannya.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan yang baik-baik buat Anju dan berharap dia terbuka hati untuk mengubah penampilan kearah yang lebih baik di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mana Nak Berkat Kalau Sakan Berjoget" - Majlis Kahwin Sweet & Adam Dikritik, Terlalu Ikut Cara Mat Saleh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...