DMA Islam Umum Dah Bertunang, ‘Aim’ Nak 13 Orang Anak – ” Siapa Suruh Kahwin Dengan Lelaki Alpha”

Kehidupan

DMA Islam Umum Dah Bertunang, ‘Aim’ Nak 13 Orang Anak – ” Siapa Suruh Kahwin Dengan Lelaki Alpha”

Seorang pempengaruh media sosial, DMA Islam, sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas memuat naik kenyataan berunsur provokatif sejurus selesai majlis pertunangannya..

Menerusi hantaran di platform Threads, DMA Islam menulis:

Advertisement

“Syukur selesai majlis dma 💖
Alpha kalau kawen pun cool. Tak sabar nak tunjukkan betapa noobnya korang dalam rumah tangga.
Semoga tak jadi suami gay macam korang asyik salin pempers.”

Hantaran tersebut pantas mencuri perhatian dan mengundang kecaman ramai pengguna media sosial yang menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina, berunsur toksik serta memperlekehkan pihak lain.

Kontroversi itu berlanjutan apabila DMA Islam turut menyatakan hasrat untuk memiliki 13 orang anak selepas berkahwin.

dma islam

DMA Islam

Kenyataan tersebut sekali lagi mengundang reaksi negatif netizen, sebelum dia membalas kritikan berkenaan dengan satu lagi kenyataan ringkas.

“Siapa suruh kahwin lelaki alpha.”

Untuk konteks, DMA Islam sebelum ini sering menjadi sasaran kecaman netizen kerana kandungan media sosialnya yang mengangkat imej ‘lelaki alpha’ serta didakwa memperlekehkan wanita melalui kenyataan dan pandangan yang dimuat naik.

Setakat ini, perkongsian tersebut terus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai mempersoalkan tanggungjawab pempengaruh dalam menjaga sensitiviti serta kesan kenyataan mereka terhadap masyarakat umum.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

space dollah
2026-01-17 12:39:14

"Syed Saddiq Kini Bersama Seorang Wanita Hebat Dan Juga Adik Saya, Bella Astillah" - Space Dollah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...