Satu perkongsian di TikTok mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendedahkan keadaan beg jenama tempatan, Christy Ng miliknya yang didakwa tidak terbakar walaupun rumahnya mengalami kebakaran teruk sehingga ‘total loss’.
Menerusi video tersebut, individu berkenaan menunjukkan keadaan beg yang masih dalam keadaan baik meskipun persekitaran rumah musnah dijilat api. Lebih mengejutkan, wang tunai berjumlah RM30 yang disimpan di dalam beg itu juga dilaporkan masih selamat.
Perkongsian itu segera menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan ketahanan beg berkenaan.

Dalam perkembangan sama, pengasas jenama Christy Ng turut tampil memberikan respon terhadap insiden tersebut dan meminta mangsa untuk menghubungi pihak mereka secara langsung bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Most likely we will send electrical appliances , new beds and furnish their whole house for them. Want to access the situation first” – Sumber
Difahamkan, pihak Christy Ng berhasrat untuk menilai situasi sebenar terlebih dahulu sebelum menyalurkan bantuan kepada mangsa, termasuk kemungkinan menyediakan kelengkapan rumah seperti peralatan elektrik, katil baharu dan perabot.
Tindakan tersebut turut mendapat pujian ramai yang menyifatkan ia sebagai satu usaha prihatin daripada jenama tempatan dalam membantu mangsa yang terkesan akibat kebakaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
