DM Di Instagram, Ajak Keluar Makan & Bawa Balik Rumah, Polis Dedah Helah Da’i Syed Perangkap Mangsa

Hiburan

DM Di Instagram, Ajak Keluar Makan & Bawa Balik Rumah, Polis Dedah Helah Da’i Syed Perangkap Mangsa

Umum mengetahui kisah yang melanda pendakwah bebas Da’i Syed kini masih hangat diperkatakan masyarakat.

Advertisement

Biarpun ramai mempersoalkan kenapa  gadis-gadis mudah diperdaya pendakwah itu, lantas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed tampil memaklumkan kepada umum bahawa suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu berkenalan melalui Instagram, mengajak mangsa keluar makan sebelum memperdaya mereka ke rumahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk.

“Suspek mula berkenalan dengan mangsa melalui direct message (DM) dan semua mereka adalah pengikut di Instagram. Suspek akan mengajak mangsa keluar makan atas pelbagai alasan termasuk atas kapasiti sebagai da’i, rakan Instagram dan perniagaan. Kemudian suspek atas pelbagai alasan membuat helah dan memperdaya serta memerangkap mangsa sebelum bawa balik ke rumah. Ketika di rumah berlaku perkara tanpa kerelaan.”

Ujarnya lagi, sehingga kini polis juga telah menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Untuk rekod, Syed kini telah dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...