DJ Sonic Dedah Sikap Keluarga Nur Fazura – “Bukan Calang-Calang, Ada Di London, Brunei..”

Hiburan

DJ Sonic Dedah Sikap Keluarga Nur Fazura – “Bukan Calang-Calang, Ada Di London, Brunei..”

Penyampai radio dan ‘bff’ kepada Nur Fazura, DJ Sonic tampil memuji sikap pelakon dan juga keluarganya yang kini hangat dilanda kontroversi.

Dalam satu hantaran di Thread, DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Sufian Awang Hussein mendedahkan bahawa keluarga Fazura bukan ‘sebarang’ orang dan profesional.

Advertisement

Tulis DJ Sonic, keluarga Fazura ada yang menetap di luar negara seperti Brunei dan London.

DJ Sonic puji keluarga Fazura

Dia juga memuji sikap keluarga aktres itu yang tidak pernah ‘masuk frame’ dan mengeluarkan kenyataan di saat Fazura bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin.

Setahun berlalu. Satu statement pun tak pernah keluar dari keluarga Fazura! Tak ada walaupun abang dia ke mahkamah! Takde..Selama ini!.

Saya kenal keluarga ini, keluarga mereka ni Ya Allah bukan calang-calang ya. Ada di London, Brunei dan bukan biasa-biasa ya.

Macam mana saya tau, sebab masa saya jadi host tunang Faz dan wedding abang dia. Allah! Berpeluh jugalah tengok nama 😂!. Mereka semua profesional! Sehingga sekarang tiada siapa yang masuk campur. Tiada siapa masuk frame!.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat bersetuju dengan DJ Sonic dan menganggap keluarga Fazura tidak menumpang populariti aktres itu.

Kita tengok pun tau. Bukan sejenis kaki bawang punya family. Masing-masing ada karier dan tak menumpang populariti. Humble family.

Tu beza keluarga yang educated and high class. Lagi satu tu malas nak kata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...