Kami pasti ada pembaca di BeautifulNara yang menjadi pendegar setia segmen Suria Cinta di Suria FM bersama DJ Lin. Khabarnya DJ Lin telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap demam denggi.
Menurut DJ Lin sendiri suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah Celcius dan platlet darahnya semakin menurun selain kurang selera makan serta merasa bisa-bisa di badan.
Badan saya sangat lemah dan terasa seperti bisa-bisa. Malah selera makan saya juga berkurang. Doakan saya cepat sembuh.
Sebelum ini, beliau  telah berjumpa dengan seorang doktor di salah sebuah hospital swasta di ibu kota Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengadu mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.
Kes demam denggi di Malaysia semakin meruncing memang , harap DJ Lin akan cepat sembuh ramai yang sudah merindui suara anda mengendalikan slot Suria Cinta. Memang layan habis..