Rasanya semua sudah mengetahui personaliti peribadi selebriti sensasi, Azwan Ali akan kelantangannya menyuarakan sesebuah isu dalam mahupun luar negara dan juga perkara yang melibatkan dirinya.
Baru-baru ini, ketika Azwan atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA menginap disebuah hotel peranginan di Ipoh, Perak, tercetusnya sebuah isu apabila terdapat sekumpulan tetamu yang dikatakan telah mengejeknya beberapa kali.
Telinga aku belum pekak. Jangan main-main dengan aku, aku viralkan video ni baru kau tahu siapa aku.
Menurut pengacara terkenal itu, sejurus selepas itu, dia terus pergi ke tetamu terbabit dan menegur secara terbuka serta berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Dalam pada marah, Diva AA tidak lupa untuk memuji tindakan pihak hotel yang memastikan keselesaan serta keselamatan dirinya sepanjang menginap di tempat itu.
Difahamkan selebriti terbabit berada disana atas tujuan untuk menjayakan promosi sebuah kedai emas di sana.
Selain itu kami juga kongsikan beberapa artikel trending pada pautan dibawah.