Tular video dimuat naik di laman sosial Threads, memaparkan pempengaruh media sosial dan usahawan Cik B diusung masuk ke dalam van oleh beberapa anggota Anggota Pertahanan Malaysia (APM) kerana kecederaan dialaminya.
Difahamkan, Cik B dipercayai cedera di bahagian kaki ketika melakukan aktiviti sewaktu jelajah bersama stesen radio terkenal, ERA FM.
Menerusi hantaran itu, penyampai radio dan beberapa personaliti termasuklah anak usahawan Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berada di lokasi melihat keadaan Cik B.
View on Threads
Netizen nasihat turun berat badan
Video tersebut meraih perhatian netizen di laman sosial itu dan rata-ratanya menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan tubuh badan Cik B.
Rata-ratanya menasihati anak usahawan Datuk Seri Vida tersebut untuk menurunkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik.
Kadang kita kena kurus bukan sebab nak cantik ke sihat ke. Tapi untuk kesenangan orang laiin kalau terjadi benda-benda macam ni.