Penyanyi, Dafi mengakui tidak mengambil hati apabila bapanya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengusik soal jodoh dalam ucapan tahun kelahirannya secara terbuka.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri enggan terburu-buru dalam mendirikan rumah tangga dan masih mahu mencapai beberapa impian di dalam hidupnya.
Menurut penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu, dia turut menyerahkan soal pencarian jodoh kepada kedua ibu bapanya.
Saya tak kisah sebab ibu bapa saya bukan jenis asyik bertanya soal jodoh, mereka faham kahwin bukan sebab usia.
Dafi turut memberitahu dia tidak kisah dengan pertanyaan orang ramai soal jodoh kerana menyifatkan ia sebagai satu doa dan bukannya isu sensitif.
Siapa tak nak kahwin kan? Bagi saya, kalau Allah kata jadi, InsyaAllah ada lah jodoh.
Terdahulu, kapsyen Ismail Sabri yang mengusik anaknya dengan bertanyakan tentang calon isteri ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-33 pada Selasa lalu menarik perhatian netizen di laman Instagram.
Baca: “Saya Diamkan Sahaja” – Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Dengan Kepimpinan Bapa