Seorang lelaki tergamak mempergunakan seorang kanak-kanak kerana mahu mencuri tong gas di kedai.
Kejadian itu berlaku di Sulawesi Selatan di mana lelaki itu menculik dan membawa kanak-kanak berusia 10 ke kedai runcit.
Menurut Polis Bhayangkara Pembina Keamanan dan Ketertiban Masyarakat (Bhabinkamtibmas) Ballaparang, Aipda Syarifuddin, mangsa sebelum itu diumpan suspek dengan wang 5,000 rupiah (RM1.44) ketika bermain di Jalan Bumi Karsa, Kampung Masale, Panakukang untuk mengikutnya ke kedai runcit.
Tambahnya, suspek turut menipu pemilik kedai runcit kononnya dia adalah bapa kepada kanak-kanak itu.
“Suspek mengaku sebagai orang tua mangsa dan berpura-pura tidak membawa wang ketika ingin membeli empat tong gas seberat tiga kilogram setiap satu”.
Pemilik kedai runcit yang dikenali Ghalib berasa curiga apabila suspek tidak kembali semula ke kedai untuk membayar wang. Mangsa kemudian ditinggalkan di kedainya sambil menangis sebelum melaporkan kepada pemimpin setempat.
Pada masa sama, ibu bapa mangsa juga melaporkan kehilangan anak mereka kepada di Balai Polis Makassar.
Polis masih memburu suspek yang dipercayai bergerak sendirian melakukan jenayah itu.