Diuji Sebelum Musim Perayaan, Kisah Priya & Rakan-Rakan Sentuh Hati Netizen

Branded

Diuji Sebelum Musim Perayaan, Kisah Priya & Rakan-Rakan Sentuh Hati Netizen

Persahabatan adalah satu di antara hadiah paling berharga yang dapat kita terima dalam hidup. Kita semua memerlukan sahabat untuk berkongsi suka dan duka, serta menjadi sokongan dalam pelbagai situasi. Rakan juga membuatkan kehidupan kita lebih berwarna-warni.

Rakan yang baik adalah mereka yang sentiasa ada di sisi kita, ketika susah dan senang. Mereka adalah orang yang dapat kita ajak ketawa, atau berbicara secara jujur tentang apa saja.

Walaupun berbeza warna kulit dan pegangan agama, ini tidak menghalang keakraban persahabatan Priya dan rakan-rakan.

Ikuti kisah persahabatan Priya dan sahabatnya dalam video sambutan Hari Deepavali Sunway Group, Glowing Beyond Horizons yang sarat dengan mesej perayaan dan juga nilai-nilai murni.

Mujur dengan transformasi digital Sunway, segalanya lebih mudah walaupun dalam situasi serba mencabar untuk Priya sekeluarga.

Sahabat Priya dapat membantu meringankan beban dengan adanya Sunway Super App. Kalau masih ramai tak tahu, Sunway Super App adalah sebuah aplikasi super gaya hidup sehenti yang pertama di Malaysia yang memberikan akses kepada keseluruhan ekosistem Sunway untuk pengguna.

Dalam era digital yang berkembang pesat ini, Sunway di landasan transformasi untuk memastikan ia kekal di barisan hadapan yang berinovasi.

Kumpulan Sunway telah melancarkan pelbagai inisiatif digital yang merangkumi Automasi Kognitif Robotik dan Pembelajaran Mesin kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan Data kepada Nilai. 

Ia termasuk membangunkan infrastruktur ICT yang teguh untuk menyokong pelbagai teknologi pintar yang akan dilaksanakan merentasi operasi perniagaan kami dan memajukan bandar-bandar Sunway sebagai model bandar pintar dan lestari abad ke-21

Sambutan perayaan Deepavali melambangkan cahaya kemenangan ke atas kegelapan. Dalam kisah ini, rakan-rakan Priya hadir untuk “menerangi” sambutan Hari Deepavali Priya sekeluarga.

Tonton kisah persahabatan ini dalam video sambutan Hari Deepavali Sunway Group ini. Walaupun di usia muda, mereka membuktikan persahabatan mereka membatasi segala rintangan. Sangat menyentuh hati!

Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua penganut Hindu! Jom tonton kisah persahabatan Priya dan rakan-rakannya di sini:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...