Diuji Dengan Anak Tahap Akademik Sederhana, Perkongsian Ibu Ini Buat Netizen Sebak

Trending

Diuji Dengan Anak Tahap Akademik Sederhana, Perkongsian Ibu Ini Buat Netizen Sebak

Saat kami menulis artikel ini, pipi kami juga tidak lekang dibasahi air mata setelah membaca perkongsian dari seorang ibu mengenai anaknya yang diuji dengan tahap akademik yang sederhana.

Teringat saat kami masih kecil dahulu apabila kami juga pernah merasakan tahap akademik yang sederhana.

Advertisement

Sungguh sedih dan memilukan saat itu. Itulah juga yang dirasakan oleh ibu ini. Yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last.

Usaha ibu ayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. XDE beza. Cuma yg beza adalah penerimaan ibu dan dia.

4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tengok result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.

Tengah tahun hari tu, masa jumpa tengok report card.

Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.

“camne saya nk buat anak saya ni cikgu”

Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab tiada ibu bapa pun selepas aku. Ibu bapa juga double standart kan ank2. Mungkin dorang dah redha. Baik tak payah pergi, result sama!

Aku tak boleh! Anak aku. Tak kan aku nak biarkan anak aku macam tu.

“Saya sehabis dah buat yang terbaik Apa yang kakak dia dapat, dia dapat. “apa saya nak buat lagi cikgu”

“cikgu, boleh ke saya bawa dia keluar kat tahfiz, sekurangnya dia dapat 1 tahun ini dari dia tak dapat ape2.

Bermula situ, cari sekolah yang terbaik. Tanya kawan, tanya akak.

Last akak cakap, ko cari assofa.

Mula buat kajian sikit dan terus cal assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send.

Setiap hari berdoa “kau bagilah laluan ank aku sekolah tahfiz terbaik.”

Tak pernah lekang setiap kali berdoa.

Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi intervw pun diterima. Ada juga murid yang tak diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa.

Hari ini.

Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga air mata ibu.

Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, air mata tak henti nak mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama2 naik tocang.

Nasib tudung ibu membantu lap air mata dan hingus yang tumpah. Bukan nak promosi, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu tiada.

Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah.

Allah…

Doakan ank ini terus istiqamah menjaga agama mu.

Jadikan dia anak yang soleh yang boleh membawa ayah dan ibu ke syurga. Jadikan dia anak yang membantu seluruh keluargaku ke syurga.

Sama-sama kita doakan semoga Allah mempermudahkan jalan anak ini dan semoga kejayaan dan rahmat Allah sentiasa mengiringinya di dalam apa jua keadaan.

Dan ingatlah setiap yang bergelar anak,sesungguhnya seorang ibu sentiasa menantikan yang terbaik untuk kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...