Diugut ‘Unfollow’ Dek Jadi ‘Dulang Girl’ Fattah & Amira, Anzalna Beri Respon – “Ada Suka Ada Tak Suka, Kita Chill Je”

Hiburan

Diugut ‘Unfollow’ Dek Jadi ‘Dulang Girl’ Fattah & Amira, Anzalna Beri Respon – “Ada Suka Ada Tak Suka, Kita Chill Je”

Pelakon Anzalna Nasir sekali lagi bersuara selepas segelintir netizen terus mempersoalkan tindakannya menjadi pengiring dulang pada majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin yang berlangsung Ahad lalu.

Tidak mudah melatah, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, memilih untuk kekal positif dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuk yang menyokong mahupun mengkritik dirinya.

Advertisement

Ujarnya di Threads,

Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okay, lepas ni saya angkat kerusi pula! Saya sayang semua, yang backup saya terima kasih, yang tak backup pun saya tetap sayang. Hidup ni memang begitu, ada yang suka dan ada yang tak suka.

anzalna nasir

Pelakon drama ‘Memori Cinta Suraya’ itu menambah, dia tidak mahu membuka ruang untuk kebencian, sebaliknya memilih untuk terus menjalani kehidupan dengan hati yang tenang.

Katanya,

Saya chill je, sebab saya tak akan buka ruang untuk benci. Kalau kita belajar untuk suka semuanya, hidup jadi lebih tenang, hati pun bahagia.

Sebelum ini, tular kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa pengiring dulang pada majlis tersebut bersikap “talam dua muka.” Selain Anzalna, beberapa selebriti lain turut menjadi pembawa dulang antaranya Ernie Zakri, Nabila Razali, Wany Hasrita, Qasrina Karim dan Hawa Rizwana.

fatima aunty mira
2025-09-16 19:13:15

Fattah Amin Dedah Fatima Selesa Panggil Amira Othman ‘Aunty Mira’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...