Diugut Bunuh Dan Difitnah : Remy Ishak Upah Bodyguard Demi Keselamatan

Hiburan

Diugut Bunuh Dan Difitnah : Remy Ishak Upah Bodyguard Demi Keselamatan

Pernah menerima ugutan bunuh dan terbaru rumahnya diserbu pihak polis atas aduan palsu mengatakan terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di kediamannya, pelakon Remy Ishak akhirnya membuat keputusan untuk mengupah “bodyguard” demi menjaga keselamatannya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Remy enggan memberitahu jumlah pengawal peribadi beliau. Buat masa ini, beliau masih lagi menunggu perkembangan siasatan daripada pihak polis mengenai kes ugutan berkenaan.

Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis.

Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti. Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara.

Remy dihimpit dengan pelbagai masalah apabila beliau menolak permintaan seorang wanita yang berasal daripada Pantai Timur dan berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya.

Berang kerana tidak dapat bertemu dengan Remy, wanita berkenaan secara lisan telah memarahi Remy dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.

Kalau orang menyimpan perasaan dendam , kita memang tidak boleh tahu kemampuan mereka untuk melakukan sesuatu. Keputusan Remy Ishak untuk mengupah pengawal peribadi adalah tindakan terbaik yang beliau lakukan demi menjaga keselamatan beliau.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...