Ditumbuk Sehingga Maut, Penjawat Awam Disyaki Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Berita

Ditumbuk Sehingga Maut, Penjawat Awam Disyaki Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Memetik Harian Metro, seorang lelaki yang bekerja sebagai penjawat awam berusia 51 tahun dilaporkan maut setelah tewas dalam pergaduhan bersama seorang lelaki di sebuah kedai makan di Machang, Kelantan.

Difahamkan, motif kejadian pergaduhan adalah suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di mana pihak mereka telah menahan suspek yang berusia 46 tahun itu untuk siasatan lanjut setelah dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Motif kejadian adalah suspek mengesyaki mangsa yang juga simati ada hubungan sulit dengan isterinya.

Suspek bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek adalah penjawat awam yang bekerja di sebuah jabatan yang sama di Kuala Krai.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pendarahan di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

Manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan dan pergaduhan itu juga tidak melibatkan sebarang senjata tajam.

Hasil ujian awal terhadap suspek mendapati dia negatif dari sebarang jenis dadah dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Raymond Goh
1 year ago

Kritikal Di Hospital Akibat Komplikasi Jantung, Doakan Mohd Zaman Goh - "Tengok Nightline Sebab Dia Je"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...