Ditumbuk Oleh Adik Ipar, Asfan Nafi Abaikan Isteri

Hiburan

Ditumbuk Oleh Adik Ipar,  Asfan Nafi Abaikan Isteri

Ramai yang terkejut apabila berita Asfan ditumbuk oleh adik iparnya di KLIA semalam tersebar. Kalau Abang Nara jadi Asfan, lagilah terkejut. Tak pasal-pasal sedang menunggu kepulangan isteri dan anak-anak tercinta di airport, tup-tup hingga sedas dua tumbukan di muka. Susulan kejadian ini, ramai yang membuat spekulasi tentang layanan Asfan terhadap isterinya. Desas-desus bertiup kencang yang Asfan mengabaikan isteri sekaligus menimbulkan kemarahan adik iparnya.

asfan ditumbuk

Advertisement

Namun Asfan menjelaskan yang selama ini perkahwinannya selama 3 tahun bersama isteri (Ain Sakinah) adalah bahagia. Malah isterinya sendiri tidak pernah mengadu tidak bahagia. Kata Asfan:-

Sepanjang tiga tahun berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki, isteri saya tidak pernah mengadu tidak bahagia. Walaupun bukan kaya raya, saya masih mampu menyediakan kediaman selesa untuk keluarga dan cukup makan pakai.

Sejak ada dua anak, saya hantar kain ke dobi dan sebelum keluar bekerja, saya siapkan makan minum kerana dua anak saya itu. Kalau ada perselisihan faham pun, biasalah suami isteri, tetapi saya tidak pernah naik tangan.

Jika isteri saya tidak bahagia hidup dengan saya dan rasa diabaikan, dia boleh buat laporan pada jabatan agama. Tidak dinafikan rutin harian saya agak sibuk apatah lagi turut mencipta lagu. Itu tidak bermakna saya mengabaikan dia. Saya juga tiada perempuan lain.

Apapun yang berlaku dalam rumah tangga saya orang lain tak boleh masuk campur. Lainlah kalau isteri saya kena sepak terajang. Andai Bil tak puas hati, tak perlu sampai pukul saya. Dia turut terajang kereta saya sehingga lampu pecah dan saya melarikan diri bagi mengelakkan keadaan semakin keruh.

Hubungan saya dengan Bil sebelum ini biasa-biasa saja. Saya tidak tahu apa punca sebenar dia bertindak demikian dan andai ada bukti apa kesalahan saya, sila kemukakan.

asfan

Secara jujur, tindakan menumbuk abang ipar (atau sesiapa sahaja) adalah satu tindakan yang agak melampau. Lebih-lebih lagi jika tiada perbincangan dilakukan sebelum itu. Biasalah hubungan suami isteri ada pasang surut, namun campur tangan dan menggunakan kekerasan terutamanya oleh orang lain untuk menyelesaikannya sepatutnya adalah langkah terakhir. Apa pun, hanya mereka yang tahu perkara sebenar terjadi. Masing-masing punya justifikasi tersendiri. Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

P.S: Kuala Lumpur dahulu vs sekarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...