Suami kepada usahawan terkenal Kak Nona, iaitu Muhammad Iskandar Ali, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya beliau hanya menumpang kekayaan isteri.
Menerusi perkongsian di TikTok, Iskandar berkata dia tidak berkecil hati dengan pandangan segelintir netizen yang mendakwa dirinya bergantung kepada harta isteri.
“Ramai yang kata saya menumpang harta dan kekayaan isteri. Tapi saya tidak marah kerana ia adalah pandangan netizen.”
Dalam masa sama, Iskandar mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa dia sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan membantu isteri dalam urusan perniagaan, termasuk ketika sesi siaran langsung di media sosial.
“Apabila dalam keadaan sebegitu, kita kena toleransi dan menyokong satu sama lain.”
“Saya bantu dia ketika live, saya pakai bengkung, telekung, girdle dan abaya. Itu adalah salah satu usaha saya untuk bantu isteri. Tapi tak mengapa, itu adalah tanggungjawab saya,” katanya.
Menjawab persoalan mengenai kerjayanya, Iskandar memaklumkan bahawa beliau merupakan seorang ejen hartanah dan bercadang untuk kembali aktif selepas musim perayaan.
“InsyaAllah, selepas raya nanti saya akan kembali melakukan aktiviti jual beli rumah atau hartanah. Saya masih dengan Kak Nona, doakan yang baik-baik,” ujarnya.
Terdahulu, Kak Nona mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap Iskandar pada Januari lalu, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Dalam masa sama, adik kepada Kak Nona iaitu Kak KM turut dikaitkan apabila didakwa memberi bayangan bahawa pasangan tersebut sedang berdepan masalah. Bagaimanapun, Kak KM menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa kakaknya sendiri terlebih dahulu memberi bayangan mengenai konflik yang sedang dihadapi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
