Dituduh Tidak Teman Fattah Ketika ‘Surprise’ Mentua, Amira Othman Respon – “Saya Tak Pakai Makeup Waktu Tu..”

Hiburan

Dituduh Tidak Teman Fattah Ketika ‘Surprise’ Mentua, Amira Othman Respon – “Saya Tak Pakai Makeup Waktu Tu..”

Penyanyi Amira Othman tampil menafikan dakwaan kononnya dia tidak menemani suaminya, Fattah Amin, ketika urusan mengambil kereta yang dihadiahkan kepada ibu bapa mentuanya, baru-baru ini.

Menurut Amira, dia sebenarnya berada bersama Fattah sepanjang urusan tersebut, namun memilih untuk berada di dalam kereta kerana tidak bersolek ketika sesi penggambaran dijalankan.

Advertisement

“Masa ambil kereta, saya ada cuma saya tidak make up. Jadi saya duduk dalam kereta masa mereka tengah shoot. Saya cakap jangan ambil muka saya sebab saya tak makeup.”

“Saya ada bersama mereka sebab balik Johor dengan ibu dan ayah sekali. Kami satu kereta jadi on the way ke KL kami singgah terus untuk ambil kereta itu,” katanya.

Tambah Amira, dia hanya ‘menyorok’ seketika sepanjang sesi rakaman berlangsung sebelum kembali bersama keluarganya untuk meraikan detik istimewa tersebut.

@sayapniaga

Wahhh! Tahniah @fattahamin dapat hadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah! Semoga Fattah sekeluarga bahagia sampai ke akhir hayat. Harini untuk ibu, besok untuk mira plak ke? hehe #sayapniaga #recondcar #recondcarmalaysia #fattahamin #toyota

? original sound – SAYAP NIAGA – SAYAP NIAGA

“Saya teman mereka cuma time shoot itu sahaja saya menyorok sekejap sebab saya tak pakai makeup selepas itu saya bersama mereka kembali. Suami saya memang anak yang soleh, ibu bapa mentua saya juga baik sangat,” tambahnya.

Terdahulu, Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila membuat kejutan istimewa buat kedua ibu bapanya. Menerusi perkongsian di TikTok, pelakon itu menghadiahkan sebuah kereta Toyota model Toyota Noah berwarna merah sebagai tanda penghargaan kepada insan tersayang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zehra zambri
2025-12-31 12:40:35

"Saya Berada Di Fasa Sangat Kritikal" - Zehra Zambri Rayu Peluang Kerja, Perlu Tanggung Anak Setelah Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...